Assalamualaikum semua..
Hari ini kita akan belajar topik yang agak mencabar di dalam Consolidated Statement of Financial position. Pencarian fair value untuk asset yang direvalued dan juga adjustment for depreciation.persoalannya kenapa kita perlu adjust semua ni?mari dengar cerita saya...
Fair Value Adjustment
Di dalam business acquisition, pembeli (holding) perlu mengenal pasti harga market value assets penjual(subsidiaries) untuk mengenal pasti market values shares bagi consideration kepada subsidiaries. sebab tu kita tengok harga consideration akan berbeza dengan harga kos sebab based on harga pasaran masa itu.holding akan merekod semua assets subsidiaries pada harga fair value tidak kira samaada subsidiaries itu merekod assetnya mengikut NBV atau fair value.kesimpulannya students saya kene ingat fair value,market value adalah harga pasaran.
Contohnya ayah kita beli rumah yang di duduki sekarang pada tahun 1995 pada harga RM200 000.nilai market value rumah yang kita duduki sekarang adalah RM360 000.jadinya rumah kita itu meningkat sebanyak RM160 000.peningkatan ni kita panggil revaluation reserve.
Bila kita sebut saja perkataan reserve, semua mesti ingat bahawa pre-acquisition reserve mesti di write off pada date of acquisition.sekiranya assets subsidiaries di revalued pada date of acquisition dan ada nilai ARR. ARR adalah pre-acquisition reserve.samaada meningkat atau menurun kita akan treat ARR tersebut sama mcm pre-acquisition yang lain.dan yang paling penting kalau assets itu depreciable, group financial statement mesti based on fair value sebab holding recognised semua assets subsidiaries pada fair value walaupun subsidiaries merekod mengikut net book value.jadinya adjustment depreciation harus dibuat.
Contoh 1
H acquires all the ordinary shares of S on 1 January 2010. H valued the assets of S as follows:
Jadi buat perbandingan antara fair value dan net book value.di dalam jadual di atas ada peningkatan untuk kedua-dua assets.land meningkat sebanyak RM100 000 dan buildings meningkat sebanyak RM20 000.total sebanyak RM120 000.maka nilai revaluation reserve subsidiaries pada date of acquisition adalah RM120 000.nilai ini akan dimasukkan di dalam pengiraan goodwill sebagai salah satu reserve.sekiranya ada minority interest jangan lupa keluarkan portionnya ye
Consolidation adjustment for depreciation
Saya faham part depreciation agak mencabar untuk kita faham macam mana kita perlu adjust nilai depreciation.macam mana nak tahu ada penambahan penurunan dalam depreciation.kenapa kena bandingkan dengan NBV dan fair value.saya cuba ringkaskan supaya senang untuk di fahami. Di dalam profit and loss subsidiaries assets direkod pada net book value tapi bila depreciation untuk consolidated akaun mesti based on fair value.sebabnya bergantung kepada carrying amount assets (harga yang dibawa) kepada subsidiaries dan holding. lihat balik contoh td
Kita membuat kesimpulan remaining useful life adalah 20 tahun.subsidiaries merekod depreciation pada net book value (RM100 000/20 = RM5000 pada buildings sbb di antara land dan buildings hanya building yang boleh di depreciate.di dalam profit and loss subsidiaries dia dah rekod depreciation RM 5000. Untuk consolidation holding akan mengambil kira based on fair value (RM120000/20=RM6000.dengan ini subsidiaries perlu menambah lagi RM1000 depreciation kerana dia cuma merekod pada harga RM5000 sedangkan depreciation yang sebenar adalah RM 6000.additional depreciation ini dikira sebagai expenses dan debit akaun profit and loss subsidiaries.
Ok sekarang kita cuba ubah FV lebih kecil dari NBV
Di sini kita bole lihat subsidiaries merekod pada harga RM6000 tetapi harga consolidation based on FV cuma RM5000.jadi subsidiaries terlebih merekod sebanyak RM1000.dengan ini subsidiaries perlu mengurangkan RM1000 supaya jumlah rekod untuk depreciation adalah RM5000.jadi RM1000 perlu direkodkan di sebelah kredit profit and loss subsidiaries.
Adalah lebih mencabar sekiranya di dalam soalan cuma diberi nilai fair value pada date of acquisition 1/1/2010 dan NBV pada 31/12/2010..sedangkan kita perlu tahu NBV ada date of acquisition untuk dicompare dgn fair value baru boleh dapat nilai ARR.dan nilai assets dalam CSOFP adalah NBV (H) + FV (S).tapi kita cuma ada NBV (S) saja bukan FV.mcm mana kalau 2 tahun?3 tahun?reducing balance method??
Merujuk kembali soalan Hagemaru dan Sinchan...klik sini
On 1 January 2010, Sinchan sdn bhd revalued its plant and machinery to RM 1 896 000. No adjustment have been made in the books of Sinchan Sdn Bhd. Depreciation is charged at 20% based on reducing balance method.
secara kasarnya, depreciation akan tergantung mengikut rajah di bawah..
Ada missing value di situ.dan kita juga perlu mencari nilai ARR dengan membandingkan nilai NBV dan FV pada date of acquisition.dan untuk consolidation statement of financial position kita perlu nilai FV..untuk nilai fair value agak mudah untuk di cari.kita cuma perlu mencari nilai depreciation 20% (1896 000x20% = 379 000) dan kita akan dapat nilai fair value akhir tahun. (1896 000 - 379 000= RM 1516 800). tetapi untuk net book value cuma ada nilai akhir tahun yang sudah ditolak dengan depreciation..bagaimana????lihat cara pengiraan yang saya dah lakarkan..
Daripada lakaran yang saya cuba sampaikan ialah harga fair value 1/1 perlu ditolak dengan depreciation 20% untuk mendapat fair value 31/12.maka FV 1/1 mewakili 100% dan ditolak 20% jadinya FV 31/12 adalah 80%.
sama juga NBV 31/12 adalah 80% daripada NBV 1/1 yang ditolak 20% depreciation.kita perlu selesaikan equation RM 1464 000 adalah 80% daripada nilai X...jawapannya seperti di bawah...
ARR pada date of acquisition adalah RM66 000.nilai ini akan dimasukkan di dalam pengiraan goodwill sebagai reserve.additional depreciation akan di debitkan dalam profit and loss sinchan
Sekian sahaja tajuk fair value of assets dan depreciation..renung-renungkan dan selamat belajar
No comments:
Post a Comment